Lebih 735,329 orang kurang upaya didaftarkan di Kementerian Kebajikan
IDEAS Autism Centre (IAC) ditubuhkan pada tahun 2012 di Rawang, Selangor, oleh Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) Berhad (940689-W), sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menyediakan penjagaan bagi mereka yang memerlukan, dan pada masa yang sama untuk membuat penyelidikan dan mengembangkan model perusahaan yang lestari untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Di IAC, kami mementingkan pendekatan tersendiri dan menggunakan rawatan serta terapi yang berbeza. IAC mempunyai kurikulum tersendiri yang berdasarkan kurikulum kebangsaan, digabungkan dengan ABA, TEACCH, Son-Rise dan Program STAR.
Kurikulum kami tertumpu pada perkembangan kanak-kanak dan mengajar kemahiran memberi tumpuan, mendengar, bahasa, komunikasi, pra-akademik, akademik, pertolongan diri, sosial dan bermain. IAC menyediakan sesi individu untuk menentukan pelan intervensi tingkah laku untuk setiap pelajar.
Berikut adalah aktiviti menarik kami… harap kita dapat berjumpa di masa yang akan datang!
Lebih 735,329 orang kurang upaya didaftarkan di Kementerian Kebajikan
Terdapat sekurang-kurangnya 63,966 orang di Malaysia yang didiagnosis dengan Autisme
58,708 kanak-kanak didiagnosis dengan autisme dan telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia
188 kanak-kanak yang berumur 3-14 tahun telah didaftarkan dalam IAC sejak 2012
Lebih dari 600 kursus secara dalaman dan luaran untuk ibubapa dan guru-guru telah dijalankan sejak tahun 2016
Lebih daripada 95% pelajar kami berumur 7-9 tahun telah berjaya mendaftar di sekolah awam
Dengan menderma kepada kami, anda akan dapat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik mendapatkan masa depan yang lebih cerah.
"*" indicates required fields
Chut Afifa
Pengurus Pengumpulan Dana & Kerjasama
chutafifa@ideas.org.my
+6012 462 6080
Illya Shaharudin
Pembantu Pengurus, Operasi
illya@ideas.org.my
+6012 861 3345
Langgan Surat Berita Kami:
Dapatkan berita terkini & acara akan datang.
Port Dickson Centre
IDEAS Autism Centre, Bayu Beach Resort, 4½ Miles, Jalan Pantai, Mukim, 71050, Negeri Sembilan.
Nilai Impian Centre
IDEAS Autism Centre, No 58, Jalan Nilai Impian 3, 71800 Nilai Impian, Negeri Sembilan.
Selangor Centre
IDEAS Autism Centre, No. 9, Jalan Bukit Templer, Taman Bkt. Templer, 48000 Rawang, Selangor