Pendekatan Kami

Sehingga ke hari ini, punca autisme masih belum diketahui dan penawarnya belum ditemui. Walaubagaimanapun penyelidikan menunjukkan bahawa intervensi awal memberikan perubahan yang ketara dan positif terhadap perkembangan kanak-kanak autisme. Intervensi ini dapat mengurangkan gejala autisme serta meningkatkan kemampuan kognitif dan kemahiran hidup harian.

Terapi dan intervensi yang berkesan adalah berbeza untuk setiap kanak-kanak kerana kanak-kanak dengan autisme mungkin mempunyai kekuatan dan gangguan yang berbeza. Perancangan dan rawatan pemulihan yang sistematik akan mensasarkan keperluan setiap kanak-kanak secara khusus bagi memaksimumkan kemampuan mereka.

Terdapat pelbagai jenis rawatan. Ini termasuk Analisis Perilaku Terapan, Latihan Kemahiran Sosial, Terapi Pekerjaan, Terapi Fizikal, Terapi Integrasi Sensori, dan penggunaan Teknologi Bantu.

our-approach

Di Malaysia, terapi yang sering digunakan adalah Analisis Perilaku Terapan (ABA). ABA adalah sejenis terapi yang dapat meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi, dan pembelajaran melalui pengukuhan positif. Ini adalah kaedah rawatan untuk kanak-kanak dengan autisme dan Gangguan Perkembangan Pervasif (PDD). Ia berdasarkan prinsip tingkah laku yang sesuai termasuk pertuturan, akademik dan kemahiran hidup yang boleh diajar.

Di IAC, kami mempercayai pendekatan secara individu dan kami juga menggunakan rawatan dan terapi yang berbeza untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak. Kami telah mengembangkan kurikulum kami sendiri yang berdasarkan kurikulum kebangsaan, digabungkan dengan ABA, TEACCH, Son-Rise, dan Program STAR. Kurikulum kami memfokuskan kepada perkembangan kanak-kanak dan mengajar mereka kemahiran dalam memberi tumpuan, mendengar, bahasa, komunikasi, pra-akademik, akademik, kemahiran urus diri, sosial, dan kemahiran bermain.

IAC menyediakan satu sesi khas sebagai sebahagian daripada proses perancangan untuk menentukan Pelan Intervensi Tingkah Laku yang sesuai untuk setiap pelajar. Proses ini merangkumi penilaian tingkah laku fungsian dan menyediakan program intervensi tingkah laku berdasarkan penilaian yang telah dilakukan. Hasilnya adalah rangka kerja pengajaran yang akan menyokong perkembangan kemahiran kanak-kanak tersebut.