Ahli Lembaga Pengarah

IDEAS Autism Centre ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang terdiri daripada individu-individu yang proaktif serta mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan, pendidikan, pengurusan badan kebajikan, penyelidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Ahli-Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada:

Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz

Tunku Zain Al-‘Abidin, Presiden Pengasas dan Pengerusi Institute for Democracy and Economic Affairs; Pemegang Amanah Yayasan Chow Kit, Yayasan Munarah, Yayasan Jeffrey Cheah dan Yayasan Genovasi; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Allianz Malaysia Berhad dan Kian Joo Can Factory Berhad; penasihat serta penaung kepada banyak organisasi pendidikan dan muzik; ahli jawatankuasa bagi beberapa pertubuhan; kolumnis untuk tiga akhbar dan merupakan Felo Diraja Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mazrina Ariffin

Mazrina Arifin, Pengarah Kewangan bahagian operasi di IDEAS. Beliau juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan Hup Seng Industries Berhad.

Dato’ Anthony Geoffrey Cooper

Latar belakang karier Anthony Cooper termasuklah di Iran, Singapura, Malaysia dan United Kingdom di mana beliau memegang jawatan sebagai Rakan Kongsi Utama di Pricewaterhouse Coopers. Beliau telah banyak memimpin organisasi secara sukarela seperti Selangor Cheshire Home, Alice Smith Schools Association, The Royal Society for Asian Affairs, Samaritans of Singapore, The British Malaysian Society dan Cranbrook School di United Kingdom. Beliau juga merupakan Gabenor Yayasan Tinggi.

Datin Andrea Michelle Maiolla

Andrea Maiolla adalah Gabenor Yayasan Tinggi yang memberikan biasiswa kepada pelajar UNMC. Beliau juga menjalankan kerja amal secara peribadi dan telah banyak menyokong aktiviti penyelidikan dan pendidikan di Malaysia. Andrea mempunyai latar belakang pendidikan dan pernah bekerja di sekolah antarabangsa di Australia, Itali, dan Thailand.