IDEAS Autism Centre (IAC) ditubuhkan pada tahun 2012 di Rawang, Selangor, oleh Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) Berhad (940689-W), sebagai sebahagian dari usaha kami untuk menyediakan rawatan pemulihan bagi mereka yang memerlukan, dan pada masa yang sama menjalankan penyelidikan serta mengembangkan model perusahaan sosial lestari yang dapat dicontohi bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Sebagai sebuah pertubuhan sosial, IAC berhasrat untuk memenuhi objektif utama kami untuk memaksimumkan manfaat kepada masyarakat. Kami percaya bahawa penjagaan yang berkualiti seharusnya dapat dinikmati oleh semua individu dan kami menyediakan Program Intervensi Awal bagi kanak-kanak autisme. Intervensi awal dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dimana mereka boleh mendapatkan kesan positif jangka panjang yang dapat membantu menyesuaikan diri untuk ke sekolah rendah arus perdana, dan juga memiliki peluang yang lebih besar di kemudian hari untuk berdikari dan melibatkan diri dalam masyarakat.
Pusat utama kami di Rawang dibina khas dan disesuaikan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak autisme, serta memberi perkhidmatan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita kurang daripada RM1,500.
Dengan sokongan baik yang kami terima daripada rakan kongsi utama kami, Yayasan Sime Darby (YSD), dan 30 organisasi lain, kami telah berjaya memberi perkhidmatan penjagaan, pendidikan, dan terapi berkualiti di pusat ini kepada kanak-kanak autisme daripada keluarga berpendapatan rendah dengan. Ini membolehkan ibu bapa untuk kekal atau kembali bekerja.
Pada Januari 2022, kami telah membuka pusat kedua kami di Nilai dan pada tahun 2025 pula, kami telah membuka pusat ketiga di Bayu Beach Resort Port Dickson. Semua pusat kami menawarkan penjagaan dan pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak autisme pada kadar yang berpatutan.
Chut Afifa
Pengurus Pengumpulan Dana & Kerjasama
chutafifa@ideas.org.my
+6012 462 6080
Illya Shaharudin
Pembantu Pengurus, Operasi
illya@ideas.org.my
+6012 861 3345
Langgan Surat Berita Kami:
Dapatkan berita terkini & acara akan datang.
Port Dickson Centre
IDEAS Autism Centre, Bayu Beach Resort, 4½ Miles, Jalan Pantai, Mukim, 71050, Negeri Sembilan.
Nilai Impian Centre
IDEAS Autism Centre, No 58, Jalan Nilai Impian 3, 71800 Nilai Impian, Negeri Sembilan.
Selangor Centre
IDEAS Autism Centre, No. 9, Jalan Bukit Templer, Taman Bkt. Templer, 48000 Rawang, Selangor