PUTRAJAYA: Bank Rakyat hari ini meraikan 202 kanak-kanak autisme menerusi sumbangan baju raya sempena program Sinar Aidilfitri Dari Hati ke Hati Bank Rakyat.
Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, berkata program itu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Rakyat sepanjang Ramadan untuk membantu kanak-kanak berkenaan membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Katanya, lebih istimewa rekaan baju raya yang disumbangkan berkonsepkan peranakan dan dijahit khas mengikut ukuran badan kanak-kanak berkenaan selain material sesuai untuk keselesaan mereka.
Beliau berkata, menerusi program itu juga, mereka berpeluang menggayakan koleksi baju raya rekaan pereka muda, Zery Zamry.
“Zery Zamry adalah mentor kepada pelajar rekaan fesyen Kolej Vokasional bagi menyiapkan koleksi berkenaan dalam tempoh sebulan.
“Diharap sumbangan baju baharu ini dapat memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak autisme ini untuk menyambut Syawal, sekali gus meringankan beban keluarga mereka.
“Selain baju raya, sumbangan duit raya turut diberikan. Program ini juga adalah inisiatif kelima bagi program sama selepas Shah Alam, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.
“Kita juga optimis untuk meneruskan program ini pada tahun akan datang,” katanya kepada media selepas program berkenaan.
Semua kanak-kanak berkenaan adalah dari sembilan pusat jagaan sekitar Lembah Klang termasuk Pusat Jagaan Autisme IDEAS; Pertubuhan Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kasih Templer.
Selain itu, Inisiatif Sokongan Autisme Nouri Berhad (INSANI); Persatuan Autisme Muslim Malaysia; PDK Meru; Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bunga Raya (1); anak kakitangan Bank Rakyat; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta agensi di bawahnya.
Quick Contact:
Mrs Sharifah Salleh
Principal and Centre Manager
sharifahsalleh@ideas.org.my
Chut Afifa
Manager of Fundraising & Partnerships
chutafifa@ideas.org.my
Mr. Illya Shaharudin
Assistant Manager, Operations
illya@ideas.org.my
Newsletter:
Subscribe to Our Newsletter:
Get latest news & upcoming events.
Port Dickson Centre
IDEAS Autism Centre, Bayu Beach Resort, 4½ Miles, Jalan Pantai, Mukim, 71050, Negeri Sembilan.
Nilai Impian Centre
IDEAS Autism Centre, No 58, Jalan Nilai Impian 3, 71800 Nilai Impian, Negeri Sembilan.
Selangor Centre
IDEAS Autism Centre, No. 9, Jalan Bukit Templer, Taman Bkt. Templer, 48000 Rawang, Selangor