IDEAS Autism Centre and Ideas Academy
  • Home
  • About Us
    • Our Story
    • Our Approach
    • Our Teachears
    • Board Members
  • Autism
    • What is Autism?
    • Research
  • Services
    • Curriculum
    • Therapies
    • Activities
    • Training
  • Admissions
  • Happenings
    • School Calendar
  • Contact us
  • Support Us
    • Supporters
    • Donate
    • Volunteer
  • EnglishEnglish
    • EnglishEnglish
    • MalayMalay
Donate Now
Logo
responsive icon
IDEAS Autism Centre and Ideas Academy

Uncategorized

Autistic Children Get Help from the Bank

Disaster

202 Kanak-kanak Autisme Dapat Baju Raya

News

  • Latest News

202 Kanak-kanak Autisme Dapat Baju Raya

Author image
admin
June 9, 2018
Disaster
612 Views
NIZAM bergambar bersama penerima sumbangan pada Majlis Sinar Aidilfitri Dari Hati Ke Hati Bank Rakyat di Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Bank Rakyat hari ini meraikan 202 kanak-kanak autisme menerusi sumbangan baju raya sempena program Sinar Aidilfitri Dari Hati ke Hati Bank Rakyat.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, berkata program itu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Rakyat sepanjang Ramadan untuk membantu kanak-kanak berkenaan membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Katanya, lebih istimewa rekaan baju raya yang disumbangkan berkonsepkan peranakan dan dijahit khas mengikut ukuran badan kanak-kanak berkenaan selain material sesuai untuk keselesaan mereka.

Beliau berkata, menerusi program itu juga, mereka berpeluang menggayakan koleksi baju raya rekaan pereka muda, Zery Zamry.

“Zery Zamry adalah mentor kepada pelajar rekaan fesyen Kolej Vokasional bagi menyiapkan koleksi berkenaan dalam tempoh sebulan.

“Diharap sumbangan baju baharu ini dapat memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak autisme ini untuk menyambut Syawal, sekali gus meringankan beban keluarga mereka.

NIZAM menyampaikan sumbangan kepada wakil Pusat Jagaan Autism Ideas (kanan) pada Majlis Sinar Aidilfitri Dari Hati Ke Hati Bank Rakyat di Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

“Selain baju raya, sumbangan duit raya turut diberikan. Program ini juga adalah inisiatif kelima bagi program sama selepas Shah Alam, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

“Kita juga optimis untuk meneruskan program ini pada tahun akan datang,” katanya kepada media selepas program berkenaan.

Semua kanak-kanak berkenaan adalah dari sembilan pusat jagaan sekitar Lembah Klang termasuk Pusat Jagaan Autisme IDEAS; Pertubuhan Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kasih Templer.

Selain itu, Inisiatif Sokongan Autisme Nouri Berhad (INSANI); Persatuan Autisme Muslim Malaysia; PDK Meru; Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bunga Raya (1); anak kakitangan Bank Rakyat; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta agensi di bawahnya.

Share This Post
Previous Post

Centre for Autistic Children Receives RM100,000 Monetary Aid from Selangor Government State

Next Topic

Autistic Children Get Help from the Bank

Leave a Reply Cancel Reply

Your email address will not be published.*

© 2021 All Rights Reserved by ideas.org.my | Web Designer : Kash